Madzhab Dalam Islam |
Setelah
wafatnya Baginda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, di mana
Daulah Islamiyyah semakin meluas di bawah pimpinan para khalifah, maka
banyak umat manusia dari seluruh dunia memasuki agama Islam
berbondong-bondong. Masyarakat Islam pada ketika itu mempunyai latar
belakang agama dan pegangan yang berbeda-beda. Bahkan, mereka juga
mempunyai femahaman terhadap kehidupan yang berbeda dengan kehidupan
yang diajarkan oleh Islam.
Bahkan,
sebagian mereka ada dari kalangan orang-orang A’jam (bukan Arab) yang
mengalami kesukaran untuk memahami ajaran yang terkandung dalam
Al-Qur’an secara langsung. Berdasarkan banyak faktor-faktor , maka
risalah aqidah Islam dan tauhid murni ini semakin menantang untuk
dijelaskan kepada masyarakat yang baru memeluk Islam.
Sebagian
dari mereka sudah terbiasa dengan pegangan dan konsep ketuhanan yang
salah sehingga mencoba memahami aqidah murni Islam dengan kerangka yang
salah. Oleh sebab itulah, timbul isu aqidah yang beragam seperti isu
taqdir yang merupakan isu yang paling awal dibahas dalam masyarakat
Islam,tentunya dalam bidang aqidah. Ini adalah suatu tantangan baru
dalam masyarakat Islam, di mana dahulu, iman adalah suatu yang dihayati
dan terealisasi dalam segenap kehidupan, namun dengan munculnya generasi
baru yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, keilmuan,
pegangan, kepercayaan, bahasa dan sebagainya, membuat “pendekatan” untuk
menjelaskan tentang tauhid murni Islam perlu dikembangkan.
Pada
awal perkembangan ilmu aqidah (suatu nama yang tidak di gunakan dalam
zaman awal salaf, lalu berkembang menjadi nama khusus untuk ilmu
tauhid), para ulama’ tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap
isu-isunya karena mereka lebih menumpukan sudut mengembangkan ilmu-ilmu
berkaitan femahaman terhadap hukum-hakam syariat Islam.
Namun
Apabila timbul isu-isu melibatkan aqidah, maka para ulama’ hanya
menghadapi individu-individu yang terlibat dengan perdebatan ilmiah yang
ringkas. Ini bisa dilihat sebagai suatu asas bagi perkembangan ilmu
Jidal (ilmu perdebatan) yang seterusnya membawa kepada pengkonsepan ilmu
Kalam Sunni, yaitu suatu perkembangan ilmu Jidal para ulama’ Sunnah
khusus dalam bidang aqidah Islam. di Antara para ulama’ Salaf yang
masyhur yang terlibat dalam perdebatan secara Kalamiyyah (ilmu Kalam
atau ilmu Jidal) ini adalah Imam Abu Hanifah r.a. (w 150 H), Imam
As-Syafi’e r.a. (w: 204 H) [rujuk Manaqib As-Syafi’e oleh Al-Baihaqi:
1/457] dan sebagainya.
Pada
masa seperti ini, perkembangan ilmu tauhid ajaran Islam mula dibahas
secara teori semata-mata tanpa berkaitan dengan penghayatan terhadap
tauhid itu sendiri. Muncul individu-individu yang sibuk membahas tentang
sifat-sifat ketuhanan, perkara-perkara ghaib dan sebagainya tanpa
menghayati tauhid murni dalam hati mereka. Seolah-olah, ilmu tauhid
adalah suatu ilmu untuk dibahas tanpa mempunyai penghayatan dan rasa
manisnya dalam diri manusia. Ini adalah hasil perkembangan perbahasan
ilmu agama tanpa nilai ketaqwaan dalam sebagian ahli ilmu dan masyarakat
awam.
Tidak
dapat dinafikan bahwa, para ulama’ yang terlibat dalam memberi
penjelasan terhadap aqidah Islam dalam masyarakat Islam adalah terdiri
daripada para ulama’ sufi juga, yang pada ketika itu lebih dikenali
sebagai golongan Az-Zuhhad (ahli zuhud). Tokoh-tokoh besar seperti Imam
Hasan Al-Bashri (w: 110 H) dan Imam Harith Al-Muhasibi (w: 243 H) adalah
antara tokoh-tokoh sufi awal yang terlibat membahaskan ilmu berkenaan
dengan aqidah. Namun, pembahasan tauhid mereka berbeda dengan pembahasan
tauhid nazhori (secara teori) karana mereka membahas tentang penyucian
jiwa, tarbiah kerohanian dan sebagainya sebagai usaha merealisasikan
ilmu tauhid kepada bentuk penghayatan rohani.
Ini
berbeda dengan perkembangan ilmu Tauhid Nazhori yang melibatkan
perdebatan-perdebatan secara istilah dan sebagainya. Sedangkan, ilmu
aqidah atau ilmu tauhid yang dikembangkan oleh sebagian ulama’ sufi
menekankan konsep “keterpaduan” antara tauhid dengan akhlak (tauhid
amali syuhudi) yang mana itu suatu warisan tauhid generasi awal Islam
yang masih dipelihara. Ilmu Tauhid yang mereka bahas bukan sekadar
berbentuk teori, tetapi diterjemahkan dalam bentuk hubungan kehambaan
dengan Allah s.w.t. melalui konsep Suhbah dan Tarbiah yang didasari oleh
kaedah Qudwah (contoh) sebagaimana yang telah disebutkan.
Kaedah
Qudwah yang mereka gunakan itu sendiri mempunyai silsilahnya yang
bersambung kepada Saidina Rasulullahshollallahu ‘alaihi wasallam karana
para ulama’ sufi mengambil qudwah daripada para ulama’ tabi’in yang
mengambilnya daripada para sahabat r.a. yang mana mereka mengambilnya
daripada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam.
Ketika
perkembangan ilmu tauhid amali sedang marak dalam golongan sufi
khususnya, muncul beberapa individu yang terus tenggelam dalam
pembahasan tauhid berbentuk teori (Ilmu Tauhid Nazhori/kalam), lalu
timbul perdebatan hangat tentang masalah-masalah ketuhanan dan
sebagainya, berdasarkan banyak faktor. Antaranya adalah berlebihan dalam
menggunakan akal untuk berinteraksi dengan masalah-masalah aqidah dan
kelemahan dalam menguasai ilmu bahasa Arab yang sempurna sehingga salah
faham dalam memahami nas-nas mutasyabihat yang melibatkan
masalah-masalah aqidah.
Di Antara mereka yang terlibat dengan kesesatan dalam masalah aqidah adalah seperti Washil bin ‘Atho’ (w: 130 H)
yang merupakan murid Imam Hasan Al-Bashri yang akhirnya keluar dari
majlis Imam Al-Bashri lalu membuat majlis ilmu sendiri karena mempunyai
femahaman yang berbeda daripada Imam Hasan Al-Bashri khususnya dalam
beberapa masalah aqidah. Akhirnya, faham Washil bin ‘Atho’ dikenal
sebagai Mu’tazilah.
Femahaman ini juga dikembangkan oleh ‘Amr bin ‘Ubaid (80-142 H) dan kemudian dikembangkan oleh Abu Hudhail Al-‘Allaf (w: 268 H), Ma’bad bin ‘Ubbad Al-Silmi (w: 220 H) dan seterusnya oleh Abu Ali Al-Jubba’ie (w: 330 H).
Di
samping itu juga, sebelum munculnya golongan Mu’tazilah, muncul
individu yang menimbulkan kekeliruan dalam masalah aqidah seperti Ma’bad Al-Juhani Al-Bashri (w: 80 H)
dan Ghailan Ad-Dimasyqi (w: 105 H). Femahaman kedua individu ini
dikenal sebagai Qadariyyah., masalah Taqdir atau Qadar adalah di antara
masalah baru yang paling awal diperbincangkan oleh golongan sesat pada
masa salaf.
Begitu juga dengan munculnya individu bernama Jahm bin Safwan (w: 128 H)
yang terlibat dengan faham Jabbariyyah. Faham ini berbeda dengan faham
Qadariyyah walaupun kedua-duanya masih berkaitan dengan masalah qadar.
Namun, kedua-golongan ini terpeleset dari tauhid murni Islam.
Golongan
Mujassimah juga termasuk di antara golongan yang menyeleweng dalam
masalah aqidah. Mereka memahami nas-nas mutasyabihat dengan femahaman
bahasa yang maknanya dibatasi dengan penggunaannya kepada makhluk. Lalu,
mereka menjisimkan Allah s.w.t. apakah secara jelas atau secara tidak
langsung.
Di Antara golongan Mujassimah adalah golongan Hisyamiyyah yang dipelopori oleh Hisyam bin Al-Hakam (w: 190 H) dan Al-Mughiriyyah yang dipelopori oleh Al-Mughirah bin bin Sa’id (w: 119 H) dari kalangan Syiah. Begitu juga golongan Muqotiliyyah yang dipelopori oleh Muqotil bin Sulaiman (w: 150 H) dan dan golongan Al-Karramiyyah yang dipelopori oleh Muhammad bin Al-Karram (atau Al-Kiram, w: 255 H)
dari kalangan ahli hadith. Adapun femahaman golongan Mujassimah ini
masih mempunyai pengaruh yang kuat hingga hari ini walaupun kebanyakan
mereka berlindung di sebalik nama-nama indah yang mengelabui para
penuntut ilmu dan masyarakat awam.
Ketika
perkembangan ini muncul ,maka ilmu tauhid atau aqidah lebih dibahas
secara teori di bandingkan dengan sebelum ini,yang dikembangkan dalam
masyarakat secara praktikal dengan tarbiah kerohanian (tauhid amali
syuhudi). Namun, ini tidak menafikan peranan penting para ulama’ sufi
yang masih menjaga manhaj tarbiah ummah dan penyucian jiwa yang menjadi
aspek terpenting dalam mengembangkan tauhid amali yang diwarisi secara
murni daripada para sahabat r.a. dan tabi’in yang sudah mencapai tahap
ihsan.
MunculnYA Golongan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah
Ketika
TERJADI BENTURAN antara golongan-golongan yang telah di sebutkan tadi
dengan golongan As-Sawad Al-A’zhom (majoritas ulama’ Islam) iaitu
golongan Ahlus-Sunnah wal Jamaah, maka muncul dua tokoh utama yang
sangat berperan dalam mengembangkan ilmu tauhid secara teori ini, dalam
rangka untuk menghadapi dan mengcounter gelombang femahaman-femahaman
sesat dari golongan-golongan ahli bid’ah.
Tokoh pertama yang dimaksudkan ialah Imamuna Abu Al-Hasan Al-Asy’ari (w: 324 H).
Beliau besar dalam lingkungan keilmuan golongan Mu’tazilah sehingga
beliau sendiri terpengaruh dengan faham tersebut. di Antara guru beliau
adalah tokoh Mu’tazilah terkemuka iaitu Abu Ali Al-Jubba’ie. Namun,
Allah s.w.t. memberi hidayah kepada beliau sehingga beliau akhirnya
kembali kepada aqidah ahlus-sunnah wal jamaah, iaitu aqidah murni Islam.
Beliau
melihat pentingnya mempertahankan aqidah murni Islam (aqidah
ahlus-sunnah wal jamaah) dengan sebuah manhaj penghujahan yang lengkap
dan jelas, iaitu dengan menggabungkan manhaj naqli (menggunakan nas) dan aqli (menggunakan kaedah akal).
Sebagaimana
telah diisyaratkan oleh Sheikh Ibn Khaldun, Imam Abu Al-Hasan
Al-Asy’ari mengembangkan manhaj beliau dalam bidang aqidah berdasarkan
manhaj Imam Ibn Kullab (w: 240 H) dan dan Imam Al-Muhasibi (w: 243 H).
Ketika
itu, perkembangan ilmu tauhid Nazhori versi sunni atau ilmu Kalam versi
sunni sangat diperlukan khususnya untuk membentuk suatu metodologi
femahaman terhadap aqidah murni Islam dan kaedah penjagaan aqidah
daripada faham-faham yang sesat. Maka, penggunaan ilmu logika sangat
diperlukan khususnya dalam menyusun kerangka femahaman yang sahih
terhadap nas dan seterusnya menyusun kaedah-kaedah asas aqidah murni
Islam dan hujah-hujahnya.
Jika
kita soroti puncak munculnya faham-faham sesat yang dibawa leh
kelompok-kelompok pinggiran (syazd) dalam masyarakat Islam, kita dapati
bahwa itu semua kembali kepada dua alasan utama iaitu:
- Kelemahan dalam menguasai ilmu berkaitan dengan pemikiran.
- Kelemahan dalam menguasai ilmu bahasa Arab.
Oleh sebab itu, banyak
orang yang sesat dalam masalah aqidah didapati karena terperangkap
apakah karena berlebihan dalam menggunakan akal ataupun lemah dalam
memahami uslub bahasa Arab sehingga salah faham terhadap nas-nas
mutasyabihat. Bagi golongan yang terlalu berpegang dengan akal,membuat
mereka tidak mengetahui batasan-batasannya dalam menyingkap hakikat
ketuhanan sebenar, maka ia akan menolak nas-nas yang jelas sehingga
menyimpulkan pendapat-pendapat yang terpeleset lagi sesat.
Begitu juga dengan golongan
yang tidak memahami uslub bahasa Arab dan mengabaikan sama sekali
peranan akal dalam memahami sebagian sifat kesempurnaan Allah secara
umum, lalu akhirnya salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat sehingga
terlibat dengan faham Tajsim (menjisimkan Allah), Tasybih (menyerupakan
sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk) dan sebagainya.
Maka,
Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah seorang tokoh yang diberi kekuatan
oleh Allah s.w.t. dalam menggabungkan penguasaan akal yang cerdas serta
penguasaan femahaman terhadap nas secara jelas, lalu menyusun
kaedah-kaedah umum atau manhaj asas dalam memahami aqidah murni Islam.
Maka, beliau dinilai sebagai tokoh paling berpengaruh dalam
menggabungkan kaedah aqli dan naqli dalam bidang aqidah Islam.
Imam
Abu Manshur Al-Maturidi (w: 333 H) juga merupakan seorang tokoh yang
sangat berperanan dalam mengembangkan manhaj sahih dalam bidang aqidah
Islam atau dalam ilmu Tauhid Nazhori ini. Manhaj beliau dalam bidang
aqidah bisa didapat dalam kitab beliau berjudul Kitab At-Tauhid. Beliau
dianggap sebagai pengembang manhaj tauhid nazhori dalam rangka membela
aqidah ahlus-sunnah wal jamaah di Samarqand, sebagaimana Imam Al-Asy’ari
yang mengembangkan manhajnya di Iraq.
Imam
Abu Manshur Al-Maturidi berguru dengan beberapa ulama’ antaranya Imam
Abu Nasr Ahmad bin Al-Abbas Al-‘Iyadhi, Imam Ahmad bin Ishaq Al-Juzjaji,
Imam Nashir bin Yahya Al-Balkhi dan Imam Muhammad bin Muqatil Ar-Razi.
Imam
Ahmad bin Ishaq Al-Juzjaji dan Imam Nashir bin Yahya berguru dengan
Imam Abu Sulaiman Musa bin Sulaiman Al-Juzjaji. Imam Abu Sulaiman Musa
Al-Juzjaji pula berguru dengan Imam Abu Yusuf (w: 182 H) dan Imam
Muhammad bin Hasan As-Syaibani (w: 189 H) yang mana kedua-duanya
merupakan murid-murid utama Imam Abu Hanifah r.a. (w: 150 H). Imam
Muhammad bin Muqatil Ar-Razi juga berguru dengan Imam Muhammad
As-Syaibani r.a..
Imam
Al-Maturidi bukan sekadar mengambil fiqh Imam Abu Hanifah daripada para
guru beliau malah mengambil usul aqidah dan manhaj aqidah Imam Abu
Hanifah daripada mereka karena Imam Abu Hanifah juga di antara para
ulama’ yang paling awal membahas tentang aqidah Islam khususnya dalam
kitab beliau Al-Fiqh Al-Akbar. Imam Al-Maturidi dianggap sebagai
pengembang manhaj aqidah Imam Abu Hanifah dengan cara yang lebih kemas
dan sistematik.
Setelah itu, manhaj kedua-dua imam ini mendapat penerimaan luas daripada kebanyakan ulama’ Islam pada zaman tersebut dan zaman seterusnya sehingga zaman sekarang ini. Mereka yang menisbahkan diri kepada manhaj Imam Al-Asy’ari dalam penghujahan pada masalah aqidah dikenal sebagai golongan Al-Asya’irah sedangkan mereka yang menggunakan manhaj Imam Al-Maturidi dikenali sebagai golongan Al-Maturidiyyah. Pembahasan aqidah mereka yang bersifat Nazhori (teoritikal) ini akhirnya dikenali sebagai ilmu Kalam versi Sunni karana mempunyai unsur penggunaan akal di samping penggunaan nas (Naqli).
Sheikh Ibn Khaldun berkata tentang perkembangan ini:
“(Ilmu
Kalam) ialah ilmu yang mengandung hujah-hujah terhadap aqidah-aqidah
yang dipercayai dengan bukti-bukti secara Aqliyyah (pembuktian secara
logikal) dan menolak golongan bid’ah yang terpeleset daripada aqidah
salaf dan ahlus-sunnah”. [Muqoddimah Ibn Khaldun 225]
Maka,
kedua-dua imam serta para pengikut mereka dikenal dalam sejarah sebagai
para pahlawan dalam bidang aqidah yang membela aqidah murni Islam
khususnya secara Nazhori yang sangat penting dalam bidang keilmuan
Islam.
Imam Ahmad ibn Hajar Al-Haithami berkata:
“Ahli
bid’ah ialah orang yang berpegang dengan pegangan yang berbeda dengan
aqidah Ahlus-Sunnah. Adapun Ahlus-Sunnah adalah aqidah yang dipegang
oleh Abu Al-Hasan Al-Asy’ari, Abu Manshur Al-Maturidi dan mereka yang
mengikut (manhaj) kedua-duanya. [Al-Fatawa Al-Hadithiyyah m/s205]
Perkembangan Ilmu Kalam Sunni (Ilmu Tauhid Nazhori)
Setelah
para ulama’ menerima manhaj Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu
Manshur Al-Maturidi dalam bidang aqidah, maka mazhab keduanya terus
dikembangkan merentasi zaman. Kedua-madrasah mempunyai para ulama’ agung
yang mengembangkannya serta menyempurnakan perbahasan-perbahasan serta
penghujahan mereka berdua.
di Antara murid-murid kepada Imam Al-Asy’ari yang kuat mengembangkan mazhab Imam Al-Asy’ari adalah:
- Imam Abu Al-Hasan Al-Bahili
- Imam Abu Al-Hasan Bundar As-Syirazi (teman Imam As-Syibli)
- Imam Abu Abdillah bin Mujahid Al-Bashri (juga murid Imam Sahl At-Tustari)
- Imam Abu Sahl As-Shu’luqi (juga murid Imam Ibn Abi Hatim)
- Imam Abu Abdillah At-Tha’ie
Kemudian,
murid-murid kepada para imam tersebut mengembangkan mazhab Imam
Al-Asy’ari dalam masalah aqidah.di Antara mereka adalah
- Imam Saif As-Sunnah Al-Qadhi Abu Bakr bin At-Thayyib bin Al-Baqillani Al-Maliki (murid Imam At-Tha’ie. Antara kitab beliau yang terpenting adalah Al-Inshof Fima Yajibu I’tiqaduhu wa La Yajuzu Al-Jahl Bihi danTamhid Al-Awa’il.)
- Imam Abu Bakr Ibn Furak Al-Asfahani (w: 406 H). Beliau berguru dengan Imam Abu Al-Hasan Al-Bahili bersama-sama Imam Al-Baihaqi dan Imam Al-Qusyairi. Antara kitab beliau dalam mengembangkan mazhab Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari adalah kitab Mujarrad Maqalat Al-Asy’ari.
- Imam Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfirayini (m: 418). Beliau adalah murid Imam Al-Bahili.
Kemudian,
ianya dikembangkan oleh para ulama’ Al-Asya’irah pada peringkat ketiga
yang merupakan di antara murid-murid kepada para imam tersebut. mereka
adalah:
- Imam Abu Al-Qasim Al-Isfirayini (w: 452 H). Beliau berguru dengan Imam Abu Ishaq Al-Isfirayini dan bersahabat dengan Imam Al-Baihaqi. di Antara murid beliau adalah: Imam Al-Haramain, guru kepada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. dan Imam Dhiya’uddin Al-Razi, ayahnda kepada Imam Fakhruddin Al-Razi.
- Imam Al-Ustaz Abu Bakr Al-Baihaqi (w: 384 H). Beliau berguru denga Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim Al-Isfirayini dan Imam Abu Bakr bin Furak. di Antara buku-buku tulisan beliau adalah: Al-Asma’ wa As-Sifat sebesar dua jilid (buku rujukan dalam bidang aqidah) dan Al-I’tiqad.
Seterusnya, dikembangkan oleh para ulama’ di antara mereka yang terkemuka adalah seperti:
- Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf As-Syirazi (393-476 H). Beliau adalah murid Imam Al-Khatib Al-Baghdadi, Imam Al-Qadhi Abu At-Thayyib At-Tabari, Imam Abu Abdillah Muhammad bin Abdillah bin Ahmad Al-Baidhawi, Imam Al-Faqih Az-Zujaji dan sebagainya. Antara tulisan beliau dalam bidang aqidah adalah: Al-Isyarah ila Mazhab Ahl Al-Haq.
- Imamul Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (419-478 H). Beliau berguru kepada ayahndanya Imam Abdullah Al-Juwaini dan Imam Abu Al-Qashim Al-Iskafi Al-Isfarayini. Antara kitab-kitab beliau khususnya dalam bidang aqidah adalah: Al-Irsyad ila Qawathi; Al-Adillah fi Usul Al-‘I’tiqad, Ar-Risalah An-Nizhamiyyah (Al-Aqidah An-Nizhamiyyah), As-Syamil fi Usul Ad-Din, Lam’atul Adillah fi Qawa’id ‘Aqa’id Ahl As-Sunnah wa Al-Jama’ah
Begitulah seterusnya, mazhab Al-Asy’ari dalam aqidah terus dikembangkan oleh banya ulama’ besar di antara mereka adalah seperti:
- Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a. (w: 505 H) khususnya menerusi buku beliau Al-Iqtishad fi Al-I’tiqad
- Imam Abu Al-Fath Muhammad As-Syahrastani (w: 548 H) khususnya menerusi kitab Nihayah Al-Iqdam fi Ilm Al-Kalam dan Al-Milal wa An-Nihal.
- Imam Fakhruddin Ibn Asakir (499-571 H) khususnya menulis kitab Tabyyiin Kazb Al-Muftari merupakan buku yang menghimpun sebagian nama-nama para ulama’ Al-Asya’irah yang besar.
- Khatib Ar-Riy Imam Dhiyauddin Abu Al-Qasim Umar Al-Razi khususnya meneruskan kitab Ghayah Al-Maram fi Ilm Al-Kalam.
- Imam Fakhruddin Al-Razi r.a. (w: 606 H) anak kepada Imam Dhiya’uddin Ar-Razi, khususnya dalam buku beliau Asas At-Taqdis dan Al-Masa’il Al-Khamshun fi Usul Al-Kalam.
- Imam Al-Amidi (e: 631 H) khususnya buku beliau Ibkar Al-Afkar dan Ghayah Al-Maram fi Ilm Al-Kalam
- Imam Al-Iji (680-756 H) khususnya kitab-kitab beliau: Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam, Jawahir Al-Kalamdan Al-‘Aqa’id Al-Adhiyyah
- Imam Muhammad bin Yusuf As-Sanusi (w: 895 H) khususnya buku beliau Umm Al-Barahin, Al-Manhaj As-Sadid dan Aqidah Ahl At-Tauhid Al-Kubra
Setelah itu, perkembangan kitab-kitab Al-Asya’irah lebih bersifat syarahan, ulasan dan catatan terhadap kitab-kitab terdahulu.
Perkembangan
ilmu aqidah secara Nazhori atau ilmu kalam ini sangat memainkan peranan
penting dalam menyusun kerangka asas dalam berinteraksi dengan masalah
aqidah khususnya melibatkan bab ketuhanan, berdasarkan femahaman nas
yang jelas dan penggunaan kaedah akal yang seimbang.
Maka,
Tauhid yang diajarkan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam
adalah suatu Tauhid Amali Syuhudi atau suatu Tauhid praktikal dan
penghayatan, yang mana aqidah adalah suatu yang disemat dalam jiwa dalam
bentuk penghayatan. Tauhid Amali ini adalah suatu tauhid yang murni
yang lahir daripada suatu proses penyucian jiwa (Tazkiyyah An-Nufus) dan
tarbiah kerohanian. Oleh sebab itulah, Rasulullah shollallahu ‘alaihi
wasallam merupakan seorang murobbi agung kepada para sahabat r.a. yang
menerapkan tauhid Amali ini dalam jiwa mereka melalui tarbiah
kerohanian.
Namun,
setelah munculnya golongan yang sesat dalam masalah aqidah khususnya
ketika salah faham terhadap nas-nas Islam, maka para ulama’ terpaksa
menghimpun ilmu aqidah dalam bentuk teori untuk memelihara aqidah umat
Islam daripada salah faham dalam masalah aqidah dan menyusun manhaj
sahih dalam berinteraksi dengan nas-nas (termasuklah nas-nas
mutasyabihat) yang melibatkan masalah aqidah.
Walau
bagaimanapun, kesibukan dan fokus terhadap ilmu Tauhid Nazhori
(berbentuk teori) ini tidak menyebabkan ilmu Tauhid Amali Syuhudi ini
terhenti perkembangannya dalam masyarakat Islam. malah dikembangkan oleh
para ulama’ sufi dalam bentuk Tarbiah Ruhiyyah Amaliyyah (tarbiah
kerohanian praktikal) dan dikembangkan juga melalui penulisan-penulisan
mereka dalam ilmu Tasawwuf.
Bahkan,
ketika ilmu Tauhid Nazhori sedang dikembangkan dalam bentuk ilmu Kalam
oleh golongan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah, sebagian para ulama’
sufi turut terlibat membahas ilmu Tauhid Nazhori ini juga bahkan
kebanyakan mereka menjadikan asas-asas manhaj aqidah Al-Asya’irah atau
Al-Maturidiyyah sebagai pendahuluan bagi perjalanan menuju Allah s.w.t.
(perjalanan kerohanian) karana tanpa asas aqidah yang jelas dan sahih,
maka perjalanan kerohanian menuju Allah s.w.t. tidak membawa kepada
natijah yang sahih kerana aqidah adalah asas bagi ibadah dan pengabdian.
Bahkan,
sebahagian para ulama’ Mutakallimin yang terlibat dalam membahas ilmu
Tauhid Nazhori (ilmu Kalam) ikut menggalakkan pelajaran ilmu Tasawwuf
dan tarbiah kerohanian sebagai penyempurnaan dan perealisasian terhadap
ilmu Aqidah yang telah dipelajari.
Maka, kita dapat simpulkan dua bentuk hubungan antara ilmu Aqidah (Nazhori) dengan ilmu Tasawwuf iaitu:
Ulama’ Sufi berpegang dengan ilmu Kalam sebagai pendahuluan pembahasan ilmu Tasawwuf.
Ilmu
Aqidah Nazhori dijadikan sebagai subjek pendahuluan terhadap ilmu
Tasawwuf oleh kebanyakan ulama’ sufi karena kepentingan aqidah yang
sahih dalam perjalanan menuju Allah s.w.t.. Maka, manhaj Al-Asya’irah
dan Al-Maturidiyyah yang menjadi manhaj utama membela aqidah
Ahlus-Sunnah wal Jamaah turut diterapkan dalam perbincangan ilmu
Tasawwuf khususnya di awal pembahasan mereka.
Ulama’ Mutakallimin (ahli ilmu Kalam) berpegang dengan ilmu Tasawwuf sebagai Manhaj Penyempurnaan.
Para
ulama’ Mutakallimin menyeru untuk mempelajari ilmu Tasawwuf setelah
membahas ilmu Kalam secara teori karana ilmu Tasawwuf adalah
penyempurnaan dan manhaj yang menterjemahkan ilmu Aqidah yang dipelajari
secara teori dalam bentuk penghayatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar